Saturday, 19 December 2015

Live viewing Star Wars Episode 7 : The Force Awakens bersama La Sallians


A long time ago...in a galaxy far far away......

Sememangnya filem ini adalah the most anticipated movie dalam tahun 2015, Star Wars Episode 7 : The Force Awakens adalah filem Star Wars yang ke 7 selepas kali terakhir ditayangkan di wayang adalah pada tahun 2005 , 10 tahun lepas iaitu Star Wars Episode 3 : Revenge Of The Sith....

Walaupun pencipta watak Star Wars ini George Lucas menegaskan bahawa tiada lagi filem Star Wars selepas Episod 6 : Return Of The Jedi....tetapi setelah beliau menjual aset Lucasfilm kepada Disney, maka sekuel trilogi ini dihasilkan......

Pada yang sudah pun tahu kronologi filem Star Wars ini sudah pasti tahu bahawa The Force Awakens ini adalah kisah sambungan selepas peristiwa Episod 6 : Return Of The Jedi yang ditayangkan pada tahun 1983 dahulu.......iaitu selepas Luke Skywalker dan semua rakan-rakannya menumpaskan puak Empire yang diketuai oleh Palpatine dan Darth Vader a.k.a Anakin Skywalker....

Apabila filem ini bakal ditayangkan, aku merancang untuk kembalikan semula nostalgia lama di zaman sekolah aku dahulu di Sekolah La Salle Sentul pada tahun 1999, kami semua menonton filem Star Wars Episode 1 : The Phantom Menace di TGV KLCC.....so setelah plan, beberapa rakan sekolah aku dapat jayakan event ini dan kami menonton Star Wars Episode 7 ini di MBO , Setapak Central jam 9 malam bersama dengan family masing-masing....


Bersama dengan La Sallian and anak2


Wife and anak2








Now the movie it self...don't worry no spoilers....

J.J Abrams, pengarah filem Star Trek yang terbaru telah berjaya menghidupkan kembali peminat Star Wars untuk old and new generation viewiers.....why?...kerana filem ini melakukan aksi penggambaran mostly di lokasi yang sebenar dan aksi yang 'real' seperti dalam filem Episod 4,5 dan 6 dahulu.....dia juga mengembalikan watak asal pelakon original trilogy iaitu Mark Hamill-Luke Skywalker, Harrison Ford-Han Solo , Carrie Fisher-Leia dan juga watak droid C3PO dan R2D2.....untuk berlakon dalam filem franchais sekuel trilogy ini....begitu juga dengan space ship Millineum Falcon,X Wing dan Tie Fighter juga kembali....

Bagi peminat Star Wars generasi lama, sudah pasti ramai kecewa dengan filem prekuel Episod 1,2 dan 3 zaman kisah Anakin Skywalker dahulu kerana mungkin kelemahan lakonan dan juga CGI yang keterlaluan tidak menampakkan feeeelllll the force Star Wars around them.....tetapi untuk The Force Awakens ini pasti tidak akan mengecewakan mereka...

Sudah semestinya ada watak baru dan ada kaitan dengan family tree Skywalker di dalam filem The Force Awakens ini dan jalan ceritanya yang menarik tidak menampakkan lakonan pelakon baru tidak kekok bersama dengan pelakon generasi lama........but there is also element of surprise in this movie yang mungkin akan menarik minat penonton ke pawagam...so...pada mereka yang hendak menonton Star Wars : The Force Awakens ini....saya bagi 9.5/10 .....and looking forward for Episode 8....2 years from now in May 2017....

Jadi pada mereka yang ingin menonton just nak bagi trivia tentang persamaan Episod 7 ini dengan Episod 4 : A New Hope

- There is a massive space station
- There is a dialogue- ' I have a Bad Feeling About This' and 'May The Force With You....'
- There is a jedi and a sith....
- There is a hidden Skywalker family
- There is death....or presumed dead....
- The lightsaber from Anakin to Luke is still functioning....hehehe....

So the force is strong in my family....my father has it....i have it....my sister has it.....you have that power too.....

Selamat menonton filem Star Wars The Force Awakens.....














Friday, 18 September 2015

Filem Kapsul



As salam semua.....kali ni entry aku agak berlainan sedikit...just nak share tentang filem Melayu bertajuk Kapsul ini....kalau nak tahu aku tonton filem ini di wayang hahaha....sudah 9 tahun aku tak pernah menonton filem Melayu di panggung wayang....kali terakhir aku tonton wayang filem Melayu adalah filem Mukhsin in 2006....

Entah kenapa aku secara tiba-tiba aku nak tengok filem ini di panggung....apatah lagi filem Melayu yang seperti ini walaupun ianya sains fiksyen tetapi ada unsur filem patriotik. 

Mungkin ramai yang tidak tahu filem Kapsul ini adalah filem sains fiksyen tentang seorang perompak profesional bernama Zohri (Faizal Hussein) yang telah mencuri Kapsul Wawasan 2020 yang telah ditanam oleh Tun Mahathir di sekitar Putrajaya ....(in reality...kapsul tersebut memang wujud dan akan dibuka pada 01/01/2020....) secara tidak sengaja Zohri telah membuka kapsul tersebut dan dia telah kembali ke masa silam dari zaman Jepun, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Mahathir....

Cara Zohri kembali ke zaman silam bukan seperti biasa ....tetapi seperti Quantum Leap ....mungkin ada yang pernah tonton siri ini suatu ketika dahulu ...iaitu badan orang lain tetapi roh adalah orang lain.....macam itular cara Zohri kembali ke masa silam....

Filem Kapsul ini juga ada penampilan khas dari Tun Mahathir sendiri....tetapi aku tidak mahu review filem ini....u all tonton lar kalau rajin nanti atau kalau malas tunggu ajelar keluar TV or DVD....yang aku just nak story adalah peristiwa penting yang telah watak Zohri lalui ketika di masa silam


Pertama sekali zaman Jepun telah menjajah Johor Bahru tahun 1942 dan Zohri telah leap menjadi seorang askar Melayu yang menentang Jepun dan menyaksikan sendiri keseksaan yang telah dilakukan oleh Jepun ketika itu.


Kemudian Zohri leap menjadi pemandu kepada Tunku Abdul Rahman ketika Tunku sedang dalam perjalanan untuk Rundingan Baling tahun 1955 dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan Zohri juga perlu memastikan agar Tunku Abdul Rahman selamat terbang ke London untuk rundingan kemerdekaan dari British.


Selepas itu, Zohri leap di zaman Tun Razak melawat kawasan tanah perancangan Felda di Jengka, Pahang pada tahun 1973....dia leap menjadi seorang peneroka ketika itu dan ketika ini Zohri melihat sendiri bagaimana bangsa Melayu berusaha untuk memajukan diri sendiri membangunkan tanah kawasan FELDA.


Zohri kemudian leap di zaman Tun Mahathir tahun 2002 sebagai pembantu peribadi Tun M ketika Perhimpunan Agung UMNO tahun itu.....Tun M mengumumkan perletakan jawatan secara langsung di TV...setelah 22 tahun menjadi PM....

Setelah itu, Zohri kembali ke zaman masa kini tahun 2014 ........


Inilah adegan yang ditunggu oleh semua penonton dalam wayang....penampilan khas Tun Mahathir sebagai dirinya sendiri.....yang mempunyai dialog dan babak bersama Faizal Hussein


Dialog Tun M hanya lah sekejap tetapi memang agak terharu jugak aku tengok....dialognya

" Bagi orang muda seperti kamu....perjuangan belum selesai"

Kelihatan Tun M agak sebak ketika ucapkan dialog tersebut.....its so natural dan seolah-olah Tun M sedar bahawa perjuangan martabatkan bangsa dan negara masih belum selesai....


Bagi aku filem ini sains fiksyen yang bergenre patriotik mengingatkan kembali sejarah silam tentang pengorbanan dan perjuangan bangsa Melayu yang telah dilalui sehingga ke tahap masa kini....namun yang pasti bak kata Tun M...." perjuangan belum selesai".....









Monday, 7 September 2015

Matrikulasi UUM 99/00 Last Batch Reunion -Di Sebalik Tabir


Pada 5 September 2015 minggu lepas ...telah diadakan majlis pertemuan semula pelajar-pelajar Matrikulasi Terakhir di bawah naungan UUM tahun 1999/2000..... Aku berada di matrikulasi ini bawah UUM ini 15 tahun dahulu selama setahun sebelum sambung ke alam Ijazah di UUM....selama setahun berada di Matrik segala kenangan indah,pahit maur dan suka duka telah dilalui sepanjang pembelajaran kami semua di batch terakhir Matrikulasi UUM ini.....


Setelah kami graduate dari UUM dengan segulung Ijazah tahun 2003, we all move on dan ada yang masih contact sesama sendiri melalui telefon sebelum wujudnya sosial network seperti FB dan Twitter.....namun kebanyakan batch kami bersepah di serata Malaysia dan ada antaranya sudah tidak duduk Malaysia dan ada juga yang telah pergi menghadap Ilahi.....

Anyway minggu lepas, setelah kami batch Matrikulasi terakhir berpisah selama 15 tahun kami semua bertemu kembali di Felda Villa, Restoran D'Saji....dan dihadiri oleh lebih kurang 36 orang bekas pelajar Matrikulasi bersama dengan pasangan dan juga anak mereka.....

Pelbagai onak dan duri yang telah dilalui oleh mereka yang menjayakan program ini yang disertai oleh bro Raphy Md Radzi selaku Pengarah Projek, Nor Rashidah Ali ,Timbalan Pengarah Projek, Hazie, Armidawaty, Shariman, Iefa , Indra dan ramai lagi....yang telah dilantik menjadi committee untuk projek ini.....

Semuanya bermula pada bulan Mei 2015, apabila saudara Rapi dan saudari Nor Rashidah ingin melaksanakan projek pertemuan semula pelajar-pelajar Matrikulasi Terakhir ini.

Maka di sinilah the turning point untuk saudara Raphy dan Nor Rashidah ingin melaksanakan program reunion ini, dan bermulalah sesi perlantikan AJK Committee hanya melalui PM di FB dan kemudian ke Whatsapp.....pada mulanya aku juga merupakan salah seorang Committee untuk Reunion Matrikulasi ini .....Raphy selaku Pengarah Projek berada di Johor kerana posting kerja beliau adalah di sana....dan hanya memperoleh segala detail maklumat daripada AJK melalui Whatsapp kebanyakannya....

Mesyuarat pertama kami ketika itu pada bulan Mei dihadiri oleh Waty, Shidah,aku dan juga Shariman sahaja dan kami telah adakan mesyuarat tersebut di KL Sentral.....just a simple plan on the program untuk pilih tarikh, location dan tema secara rawak.....dan ketika mesyuarat tersebut pada mulanya kami ingin buat Hi Tea sahaja......dan tarikh cadangan adalah pada 22/8, 5/9 dan 3/10 .....dan lokasi Hi Tea tersebut ada dicadangkan di PNB Darby Park /Sime Darby dan Anjung Felda....dan ketika itu ada cadangan yang majlis ini diadakan hanya untuk ex matrik sahaja tanpa spouse dan anak-anak....pelbagai buah fikiran dan idea yang telah dilontarkan ketika itu...



Itulah mesyuarat pertama kami AJK Commitee tentang reunion ini.....sebelum kami semua akan adakan mesyuarat lagi tapi hanya selepas sahaja sambutan Aidilfitri.....namun AJK sudah mula mengorak langkah untuk warwarkan perkara ini di grup kami di FB X Matrik Last Batch UUM Sintok/KMKN......dan event juga telah dicreate di dalam grup FB kami untuk menjemput seramai yang boleh untuk join program ini ...malah kami juga ada mohon bantuan daripada rakan-rakan kami untuk membantu di belakang tabir untuk menjayakan program reunion ini seperti keperluan gambar-gambar kenangan kelas, persembahan untuk reunion dan bantuan hebahan pada rakan-rakan sekelas.......Kami juga telah sebulat suara telah memilih tarikh 5/9/2015 sebagai tarikh untuk majlis Reunion ini .Setelah itu ianya warwarkan di dalam FB sebelum kami berehat seketika kerana kehadiran bulan Ramadan dan juga Raya Puasa.....

Selepas sahaja sambutan Aidilfitri sudah mula reda, AJK kembali aktif ....dan pelbagai perancangan telah pun diubah dan lokasi juga telah pun ditetapkan iaitu di Felda Villa , Restoran Di Saji.....kerana di situlah yang AJK boleh negotiate in terms of harga dan packs yang murah dan berpatutan plus....ex matrik juga boleh membawa spouse dan juga anak-anak untuk majlis Reunion ini.....pembayaran juga telah ditetapkan untuk dewasa dan kanak-kanak . This news juga telah pun dihebahkan melalui FB grup kami...

Setelah tarikh dan lokasi dipilih, tugasan mula dibahagikan antara semua AJK Reunion kami....namun atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, aku menarik diri dari AJK Reunion ini......entahlar mungkin aku kena concentrate dengan tempat kerja baru aku dahulu kerana aku masih belum diserap sebagai pekerja tetap lagi.....dan tidak boleh nak ambil cuti tambahan atau keluar ambil half day untuk melaksanakan tugasan aku untuk majlis ini.....jadi komitmen aku sebagai AJK Reunion ini berakhir di separuh jalan.....

Tapi AJK yang lain masih ada macam Raphy, Shidah, Waty, Hazie, Shariman, Indra, Suziana dan Iefa....and mereka inilah tulang belakang yang menjayakan program reunion ini dan ada ketikanya mereka hampir give up dan putus asa untuk merealisasikan reunion ini tetapi dengan semangat dan dorongan " Sederap Meluru Memburu Gagal Sifar" mereka dapat meneruskan usaha sehingga berjaya mendapat sponsorship untuk printing banner, photobooth, photographer, lucky draw ,goodie bags,  projector, PA system dan karaoke.....and yang bestnya mostly sponsorship adalah dari kalangan pelajar matrikulasi kita sendiri....

Mereka juga berusaha untuk menjemput hampir semua 1500 pelajar matrikulasi batch kami...melalui FB,Twitter, Instagram,Whatsapp, SMS atau apa cara network sekalipun untuk warwarkan program ini....

Walaupun aku tidak lagi menjadi AJK program namun aku akan hadir ke majlis reunion ini untuk beri sokongan kepada rakan-rakan Matrikulasi .....lagipun bukan senang hendak berjumpa semula rakan-rakan setelah 15 tahun berpisah.....

Suddenly, Raphy wasap aku dan meminta aku menjadi emcee pada malam tersebut menggantikan Shariman kerana beliau perlu bekerja outstation pada tarikh 5/9 tersebut...jadi dia tidak boleh hadir ke majlis reunion ......and aku setuju untuk menjadi emcee pada malam reunion tersebut.....so aku kembali menjadi AJK Reunion Matrikulasi ini....


These are the pictures untuk dikongsikan bersama pada malam tersebut

Aku mewakili kelas 1.05 dahulu (wakil tunggal and emcee majlis)



 

 

 

 

 


Sesi pengenalan diri kehadiran bekas pelajar matrikulasi...nama dan kelas...tambahan status : bujang,kahwin and anak berapa orang





Dinner time....sedapnya....



The lucky draws gift


Pengarah Projek saudara Raphy


Jemputan VIP kami Dr.Halim Mad Lazim , Pengarah Pusat Alumni UUM


Kek UUM Reunion Matrikulasi batch terakhir 


Tayangan video slide memories of Matrikulasi Last Batch


Sesi karaoke lelaki, wanita dan duet


Pengarah Projek pun nak karok juga


Duet ..."Jamal Abdillah dan Siti Sarah"....hehehe


Sesi potong kek


Bergambar ramai-ramai di photobooth


Antara ex pelajar yang menjayakan program ini Shiz dan Hashim


Mukhizam membantu menyediakan banner photobooth


Hashim pun turut membantu


Dan hasilnya....


Guest book untuk tetamu yang hadir untuk disain


Antara mereka yang hadir di reunion Matrik


Location


The Welcome Greetings


Emcee and Pengarah Projek


Pengarah Projek dan Timbalan Pengarah



Barisan AJK Program Reunion.....



Majlis dimulakan bermula jam 7.00 malam ...sebelum itu cuaca hujan lebat di sebelah petang agak merisaukan kami kerana majlis di adakan di luar perkarangan Felda Villa....Alhamdulilah cuaca baik di sebelah malam dan hujan tidak turun lagi .....setelah itu kami menerima kehadiran tetamu VIP Dr.Halim Mad Lazim dan majlis pun bermula sesi pengenalan diri bagi imbas kembali kelas dan nama termasuklar diri aku sendiri sebagai emcee ...agak nervous dan servous pada malam itu....diikuti oleh bacaan doa oleh saudara Mukhizam (pelajar terbaik di matrikulasi kami)....dan ucapan Pengarah Projek dan Pengarah Pusat Alumni UUM.....

Cabutan bertuah turut diadakan dan sesi karaoke secara open juga disediakan.....tahniah pada yang berjaya mendapat lucky draw yang hebat dan pemenang anugerah khas iaitu Best Dressed (lelaki= Indra  dan juga perempuan= Pn Sarah), Best Couple (Family Shiz Kassim)....dan Best Sporting Class iaitu 1.36 (kelas Pengarah Projek )...yang ramai hadir pada program tersebut.....

Majlis berakhir dengan sesi bergambar ramai-ramai dan berakhir secara rasminya pada jam 12.00 malam.....

Kami AJK Reunion mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan yang hadir untuk jayakan program reunion Matrikulasi kami ini.....maaf atas segala kekurangan yang ada pada majlis tersebut....dan saya sebagai emcee pada malam itu ...segala terlanjur kata dan terkasar bahasa harap di forgivekan ......ini baru titik permulaan untuk reunion Matrikulasi ini.....mungkin pada masa hadapan event seperti ini dapat diteruskan lagi dengan lebih menarik.....Insyallah.

Sekian sahaja laporan dan ulasan behind the scenes for this Matrik Reunion ...akhir kata Majulah Matrikulasi Untuk Bersama......

" Sederap Meluru Memburu Gagal Sifar".....slogan matrik kami